Monday, 16 March 2015

OFFSHORE





GAJI PEKERJA DI OFFSHORE

-Memang diketahui gaji orang yang kerja di offshore memang tinggi daripada kerja di darat. Paling teruk pun dalam RM3k sebulan. Kebanyakan bagi jurutera yang kerja di offshore mempunyai purata pendapatan dalam RM10k - RM30k sebulan bergantung pada service yang mereka supply kepada client. Ada juga yang lebih dari itu bergantung kepada pengalaman dan khidmat mereka.

RISIKO BEKERJA SEBAGAI OFFSHORE

 -Walaupun gaji agak berbaloi namun perlu diingat bahawa risiko memang tinggi kerja di pelantar ini. Daripada keluar rumah, pergi ke pelantar, kerja atas pelantar sampailah menjejakkan kaki semula ke rumah. Syarikat2 insurans meletakkan pekerja offshore sebagai high risk. Perjalanan ke offshore memerlukan kita travel menggunakan pengangkutan udara ataupun pengangkutan air yang sememangnya berisiko tinggi. Itu belum kira dengan kerja di pelantar minyak ataupun kapal tanker dimana sekiranya berlaku kebakaran yang besar, jalan terakhirnya cuma lompat ke laut. Walauapapun, kerja di offshore lebih selamat daripada kerja di darat kerana bagi semua syarikat minyak dan kontraktor2nya "Safety is no1". Perlu berkorban untuk bersosial mahupun tinggalkan keluarga, girlfriend atau binatang peliharaan. 

CABARAN

ISU-ISU SEMASA

Mekanisma harga tetap minyak dibawa ke Parlimen

Posted by Offshoreboy | 12:24 PM | | 0 comments »


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata mekanisma bagi melaksanakan sistem apungan atau harga lantai bagi petrol dan diesel akan dibawa ke Kabinet sebelum diputuskan.

Setakat ini, katanya keputusan mengenai mekanisma berkenaan belum diputus lagi walaupun Majlis Ekonomi Negara bermesyuarat di Bangunan Parlimen, hari ini.

“Belum lagi. kita akan membawanya ke kabinet bagi dibincangkan dengan lebih lanjut,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan rang undang-undang kerajaan di Dewan Rakyat di sini.

Pada 3 Disember lalu, Perdana Menteri mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter, di mana petrol RON97 kini dijual pada harga RM1.90 seliter daripada RM2 seliter dan RON92 kepada RM1.80 seliter daripada RM1.90 seliter manakala diesel dijual pada harga RM1.80 seliter daripada RM1.90 seliter.

Ini kali ke-enam kerajaan menurunkan harga minyak sejak Ogos.

Kali terakhir harga minyak diturunkan ialah pada 18 November. - Bernama

Harga Petrol Turun

Posted by Offshoreboy | 6:45 AM | | 1 comments »


Hari ni kerajaan umum nak turunkan harga petrol bermula esok. Harap2 ni semua dapat membantu rakyat sekaligus dapat turunkan harga barang yang melambung tinggi naik disebabkan harga minyak ni jugak. Pelikkan...bila harga minyak naik, barang pun naik tapi bila harga minyak turun...mmmm semua penianga buat diam jek. Entahla...adat resam manusia kot. Bagi pekerja2 offshore,penurunan harga minyak ni tak memberikan kesan pun pada gaji kami. Ye la sebab ada gak kawan2 tanya, harga minyak turun ni gaji ko amacam. Ok je...takdenye gaji nak turun, mahu mengamuk pekerja2 ni. Apa2pun harap2 harga petrol dapat turun lagi untuk kesenangan semua.

Harga Minyak Di Bawah USD50 setong

Posted by Offshoreboy | 8:25 AM | | 1 comments »


KUALA LUMPUR 21 Nov. - Harga minyak mentah dunia telah jatuh ke paras terendah sejak tiga tahun lalu kepada AS$48.54 (RM174.74) setong berikutan kebimbangan berterusan terhadap kemelesetan ekonomi dunia yang memberikan kesan kepada permintaan tenaga.

Di New York, kontrak hadapan minyak bermutu tinggi Light Sweet bulan Disember susut AS$4.00 (RM14.40) setong sebelum ditutup pada paras AS$49.62 (RM178.63) di New York Mercantile Exchange, semalam.

Minyak mentah Brent North Sea juga berada di bawah paras psikologi AS$50 setong apabila jatuh AS$0.48 (RM1.72) kepada AS$47.60 (RM171.36) setong, dan ditutup rendah AS$3.64 (RM13.10) kepada AS$48.08 (RM173) setong semalam.

Kejatuhan harga minyak di bawah paras AS$50 (RM180) menguatkan dakwaan tentang kaitan pasaran minyak dengan permintaan.

''Pasaran sedar dengan keadaan kemelesetan ekonomi akan memberi kesan ketara kepada permintaan minyak di negara-negara pasaran baru yang meningkatkan pasaran minyak mentah,'' kata Jason Feer, penganalisis pasaran tenaga Argus Media Ltd. di Singapura.

Penganalisis itu berkata, sentimen diburukkan lagi dengan laporan pengangguran di Amerika Syarikat (AS) negara pengguna minyak terbesar dunia.

Kadar pengangguran AS meningkat ke paras tertinggi sejak 16 tahun menguatkan lagi andaian bahawa negara ekonomi terbesar dunia itu berdepan dengan kemelesetan ekonomi.

Kesatuan Eropah (EU) juga sedang dihantui oleh kemelesetan ekonomi.

''Krisis ekonomi yang melanda menyebabkan harga tenaga berada di bawah tekanan sepanjang malam, dan kerugian dipercepatkan lagi,'' kata John Kilduff penganalisis MF Global.

Kebimbangan terhadap pertumbuhan perlahan ekonomi global dan kesannya kepada permintaan tenaga telah menyebabkan harga minyak menjunam daripada paras tertinggi melebihi AS$147 (RM529) setong pada Julai lalu.

''Apa yang mengejutkan adalah.... kepantasan kejatuhan harga yang berlaku,'' kata Feer.

''Minyak mentah semakin sukar untuk dijual.

''Pasaran saham dunia yang menjunam terutamanya di Asia, tiada berita positif yang dapat mengembalikan keyakinan kepada pasaran minyak,'' kata Simon Wardell, penganalisis minyak dengan IHS Global Insight.

Para penganalisis berkata, mereka menjangkakan harga pasaran akan terus lemah.

Sumber ~~~ Utusan


B.O.S.I.E.T(Basic Offshore Survival Emergency Training)


https://www.youtube.com/watch?v=i7mDmWye4QQ

 

OFFSHORE PLATFORM

https://www.youtube.com/watch?v=WoBrR59Lr1o

 

 

 

No comments:

Post a Comment